Hari-hari terakhir sebelum Anwar ditahanPENYOKONG REFORMASI...Ini adalah perhimpunan bersejarah di hari terakhir yang di sertai oleh bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau ditahan oleh polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perkarangan Masjid Negara penuh sesak dengan para penyokong reformasi yang dikatakan datang dari seluruh negara. Selepas berhimpun di sini, mereka berarak ke Dataran Merdeka. Sebahagian dari mereka terus ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri serta Bangunan Umno di Jalan Putra. Selepas peristiwa di sinilah polis dikatakan mengambil keputusan menahan Anwar atas alasan membahayakan keselamatan negara. Turut di tahan di bawah ISA kini adalah para pemimpin Abim, pemimpin Pemuda Umno yang menyokong Anwar serta beberapa orang pemimpin Umno.
|