Anwar nafi sertai parti lainKUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menafikan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk juga PAS.Ketika berucap di hadapan hampir enam ribu penyokongnya, di Bukit Damansara, menyatakan bahawa terdapat tuduhan yang menyatakan beliau akan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru untuk menentang kerajaan yang di perintah oleh Barisan Nasional (BN). "Saya tidak bercakap untuk menubuhkan parti tetapi saya bercakap untuk membawa pembaharuan di dalam Umno," ujar beliau. Anwar juga tidak mempertikaikan kestabilan politik di negara ini yang ditunjangi oleh Umno semenjak merdeka. "Oleh itu, jangan mengada-adakan cerita tambahan seolah-olah saya menjadi pengkhianat Umno atau untuk membunuh Umno," ujar beliau lagi. Pada majlis itu (Isnin) juga turut di hadiri oleh penceramah Dr. Hassan Ali dan beberapa orang sasterawan. |